Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup
Begitulah juga
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh
cukuplah sekadar keperluanmu
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menambalnya semula
Akhirnya ia dibuang
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya(maybe...)
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
No comments:
Post a Comment