apa itu sayang?
aku susah mengungkap kata sayang andai ia tidak betul lahir dari hati aku..
bila aku mula keluar perkataan tu maksudnya aku betul2 maksudkan sayang tu..
cuma aku ni bukan jenis pandai bermadah..
jadi kadang2 ( atao selalunya ) akan bunyi cam klise...( bak kata buah hatiku )
tapi sejujurnya aku rasa ungkapan sayang tu sendiri lom mampu menggambarkan betapa aku sayang dia...
bila hati mula memberontak, lidahku dengan sendiri mengeluarkan ungkapan keramat tu..
aku sendiri bagaikan tak mampu menahan diri dari menyatakan sayang aku pada dia..
sampai bila sayang tu?
sesetengah insan akan pudar sayangnya...kerana bagi aku insan2 tersebut tidak betul2 merasakan bagaimana sayang yang sebenarnya...
mereka tidak betul2 menhayati SAYANG itu..
bagi aku,sekali aku sayang pada dia sehingga tahap ni, sampai ke akhir hayat akanku zahirkan sayang tu untuk dia..
mana mungkin sayang itu pudar kalau sayang tu ikhlas
mana mungkin sayang itu hilang andai sayang itu bertaut kemas ditangkai hati
mana mungkin sayang itu terhapus andai ia sentiasa bersama bagai nafas yang terhembus..
mana mungkin sayang itu berkurang andai ia tiada had..
menyayangi bermaksud tanggungjawab..
sayang bukannya mainan..
sayang bukan satu gurauan..
andai aku sayang dia,aku harus setia..
andai aku sayang dia,aku harus terus buat dia bahagia..
memang sekarang aku tau aku lom mampu buat dia betul2 bahagia..tapi aku xkan berhenti berusaha..
sebab aku sayangkan dia..
aku sangat sangat sayangkan dia..
No comments:
Post a Comment